iOS 9.3 Turut Mendatangkan Masalah Kepada Beberapa iPhone 6S & 6S Plus

iOS 9.3 Turut Mendatangkan Masalah Kepada Beberapa iPhone 6S & 6S Plus

Diterbitkan pada Mac 29, 2016 oleh .

Sebuah lagi berita masalah melibatkan kemas kini kepada perisian terbaru pagi ini. Kali ini kita kembali kepada iOS 9.3, yang mula boleh dimuat turun minggu lalu. Beberapa pengguna iPhone 6S dan 6S Plus pula melaporkan masalah yang mengakibatkan beberapa aplikasi gagal berfungsi atau tertutup dengan sendiri sekiranya digunakan. Aplikasi yang terjejas adalah Safari, Mail, Messages dan Notes.

Masalah ini mungkin menjengkelkan tetapi tidak seteruk yang dialami oleh pengguna iPad edisi lama dan pengguna iPhone 5S. Pada kedua-dua peranti ini,  ia terus gagal dihidupkan dan tersekat di dalam boot loop. Apple segera mengeluarkan binaan terkini dalam masa dua hari untuk menyelesaikan masalah ini. Memandangkan iPhone 6S dan 6S Plus adalah peranti utama mereka, kami yakin Apple pasti akan memperbaiki pepijat aplikasi gagal berfungsi ini dengan pantas. Ini sesuai dengan cogan kata Apple iaitu “It just works”.


TIPS & ULASAN