Cari @ Amanz

Bagi anda yang meminati sains dan matematik, semestinya anda ingin melihat kepada pelbagai masalah menarik yang dibincangkan oleh komuniti mengikut pandangan dan cara penyelesaian yang berbeza. Untuk tujuan tersebut, salah satu aplikasi yang mungkin menarik minat anda adalah Brilliant.

Brilliant merupakan salah satu aplikasi dan pada masa yang sama beroperasi sebagai sebuah komuniti memfokuskan kepada topik matematik, dan sains. Melalui aplikasi berkenaan, beberapa masalah disediakan setiap hari, dan pengguna boleh menggunakan kepakaran mereka dalam menyelesaikannya – dan pada masa yang sama membincangkan kaedah penyelesaian berkenaan.

Brilliant

Daripada percubaan kami sendiri, beberapa masalah matematik yang disediakan memerlukan pemikiran di luar kotak untuk penyelesaiannya dan pada masa yang sama selain menambah ilmu matematik dan sains – ia juga menambah kebolehan untuk berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Aplikasi Brilliant ini ditawarkan secara percuma untuk Android dan iOS, selain pengguna turut boleh menikmatinya melalui web.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd