Cari @ Amanz

Xiaomi Malaysia hari ini telah mengumumkan secara rasminya harga jualan untuk Redmi Note 3. Untuk pasaran Malaysia, ia akan hadir dalam dua variasi, iaitu versi 2GB RAM dengan 16GB storan, dan juga 3GB RAM dengan 32GB storan.

Xiaomi Redmi Note 3

Xiaomi Redmi Note 3 membawakan rekaan berasaskan logam, dan versi tempatan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 650. Ia turut dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari pada bahagian belakang, sekaligus menjadikan Redmi Note 3 menawarkan pelbagai ciri-ciri seumpama telefon pintar premium.

Peranti bersaiz 5.5-inci ini juga turut dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM dan mikro-SD – selain menyertakan bateri yang tidak boleh ditanggalkan berkapasiti 4050mAh. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 16-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Di Malaysia, versi 2GB RAM dengan 16GB storan akan dijual pada harga RM749, sementara 3GB RAM dengan 32GB storan pula pada harga RM849. Xiaomi akan mula menjualnya melalui laman jualan rasmi mereka bermula 6 April 2016 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd