Samsung hari ini telah memperkenalkan kemaskini kepada dua telefon pintar popular mereka, iaitu Galaxy J7 dan juga Galaxy J5. Kedua-duanya dikemaskini untuk tahun 2016 ini, dan kini dikenali sebagai Galaxy J7 2016 dan Galaxy J5 2016.
Galaxy J7 2016 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan Super AMOLED HD-penuh, cip pemprosesan lapan-teras, memori 3GB RAM, dan ruangan storan terbina 16GB. Ia dilengkapi sokongan slot mikro-SD, dan turut dijana menggunakan bateri 3300mAh. Galaxy J7 2016 menggunakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.
Galaxy J5 pula membawaan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan Super AMOLED HD, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, dan bateri berkapasiti 3100mAh. Untuk rakaman kamera, ia menyertakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.
Kedua-dua telefon pintar ini hanya disenaraikan untuk pasaran China sahaja buat masa ini. Namun, ia tidak mustahil untuk kita melihat kedua-dua telefon bawah siri Galaxy J ini memasuki pasaran tempatan – apatah lagi dengan permintaan yang tinggi untuk peranti ini pada tahun lepas.