Xiaomi Redmi 3 Pro Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Dan Memori 3GB RAM

Xiaomi Redmi 3 Pro Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Dan Memori 3GB RAM

Diterbitkan pada Mac 29, 2016 oleh .

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan periuk nasi pintar mereka, dan pada masa yang sama turut memperkenalkan kemaskini kecil kepada telefon pintar mampu milik mereka, Redmi 3.

Xiaomi Redmi 3 Pro

Untuk makluman, Redmi 3 dan Redmi Note 3 adalah dua keluarga berbeza. Redmi 3 menawarkan skrin bersaiz 5-inci, sementara Redmi Note 3 hadir dengan skrin yang lebih besar. Di Malaysia, Redmi Note 3 akan mula dijual bermula 6 April kelak, sementara status penawaran Redmi 3 masih menjadi tanda tanya.

Xiaomi telah memperkenalkan Redmi 3 pada bulan Januari yang lepas, dimana ia hadir dengan rekaan berasaskan logam, dilengkapi bateri berkapasiti 3100mAh dan kamera belakang 13-megapixel.

Xiaomi Redmi 3 Pro

Redmi 3 Pro telah diperkatakan sejak sebelum ini, malah turut dikenali sebagai Redmi 3s. Ia kini telah diumumkan secara rasminya, hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD, cip Snapdragon 616, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Ia mengekalkan penggunaan bateri berkapasiti 4100mAh, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Di China, ia akan dijual pada harga RMB899 iaitu sekitar RM552. Tidak diketahui lagi bilakah Xiaomi akan mula menjualnya di Malaysia. Ia mungkin mengambil sedikit lama lagi memandangkan mereka kini lebih menumpukan jualan untuk Redmi Note 3.


TIPS & ULASAN