Braava Jet – Robot Pengemop Lantai Rumah

Braava Jet – Robot Pengemop Lantai Rumah

Diterbitkan pada Mac 30, 2016 oleh .

Robot dijangka mengambil alih 5 Juta pekerjaan yang dahulunya dilakukan oleh manusia menjelang 2020. Anda kini boleh membeli robot Roomba, robot penyedut hampagas Windoro, robot pencuci tingkap. Jika anda malas mengemop lantai seperti kami, kini wujud pula Braava Jet. Robot yang dihasilkan oleh iRobot yang juga menghasilkan Roomba ini mampu mengambil alih tugas mengemop lantai rumah anda. Seperti Roomba, ia mampu mengesan ruang lantai yang perlu dibersihkan secara automatik tanpa merosakkan perabot.

Braava-Jet-2

Terdapat tiga mod cucian boleh dilakukan oleh Braava Jet. Mod pertama ialah mengemop secara basah untuk lantai jubin. Mod kedua ialah mod separa basah untuk lantai kayu dan akhir sekali mengelap secara kering untuk memerangkap bulu haiwan peliharaan. Ia akan mula dijual April ini pada harga $189 dengan set pengelap gantian dijual pada hara bermula $7.99.


TIPS & ULASAN