Razer Hadir Dengan Razer Ripsaw Untuk Memudahkan Anda Strim Permainan

Razer Hadir Dengan Razer Ripsaw Untuk Memudahkan Anda Strim Permainan

Diterbitkan pada Mac 30, 2016 oleh .

Arena permainan video agak mendapat perhatian ramai sejak setahun dua ini, dan ramai yang mula strim permainan mereka terus melalui perkhidmatan seperti Twitch dan YouTube. Untuk memudahkannya juga, terdapat beberapa aplikasi dan perkakasan khusus, dan terkini Razer hadir dengan penawaran tersendiri dinamakan sebagai Razer Ripsaw.

Razer Ripsaw

Razer Ripsaw merupakan salah satu game capture card, membolehkan ia merakamkan permainan yang sedang dimainkan dan strim ke perkhidmatan yang diinginkan. Razer Ripsaw hadir dengan sokongan piawain USB 3.0, dan membolehkan pengguna merakamkan permainan video mereka pada resolusi 1080p 60fps tanpa sebarang lengah masa. Pengguna juga turut boleh menambah input berasaskan mikrofon untuk memudahkan mereka menambah komentar ketika memainkan permainan ini.

Razer Ripsaw menyasarkan mereka yang gemar strim permainan mereka, dan ia tidak terhad kepada PC sahaja, sebaliknya boleh digunakan bersama PS4, Xbox One, PS3, Xbox 360, Razer Forge TV dan Nintendo Wii U.

Razer Ripsaw ini ditawarkan pada harga USD179.99 (~RM720), dan akan ditawarkan pada peringkat global – termasuk kelak melalui laman jualan atas-talian mereka.


TIPS & ULASAN