Tomb Raider 2013 Boleh Anda Miliki Dengan Menderma $1 Kepada Badan Amal

Tomb Raider 2013 Boleh Anda Miliki Dengan Menderma $1 Kepada Badan Amal

Diterbitkan pada Mac 30, 2016 oleh .

Siri permainan Tomb Raider akan menyambut ulang tahunnya yang ke-20 tahun ini. Lara Croft mengalami pelbagai perubahan dari segi rupa dan sejak Tomb Raider 2013, kini kelihatan lebih realistik. Bagi menyambut kewujudannya selama dua dekad, Square Enix bekerjasama dengan badan amal GameChanger untuk mengumpul dana untuk kanak-kanak yang memerlukan. Dengan menderma sebanyak $1, anda boleh memiliki Tomb Raider 2013 edisi PC menerusi Steam.

tomb-raider-2Sekiranya anda menderma dengan lebih banyak, anda berpeluang memiliki pelbagai barangan edisi khas dari Square Enix. Malang sekali kepada  penderma di luar Amerika Syarikat, hadiah-hadiah edisi khas ini hanya boleh dimiliki oleh pengguna yang tinggal di negara kelahiran Donald Trump. GameChanger ialah badan amal yang memberikan biasiswa pelajaran  dan hadiah berupa permainan komputer kepada kanak-kanak dengan penyakit kronik. Kepada pengguna PC yang masih belum membeli permainan ini, ini ialah cara murah untuk memilikinya dan pada waktu yang sama dapat menderma kepada insan yang memerlukan.


TIPS & ULASAN