GoPro Menghentikan Sokongan Untuk Peranti Windows 10 Mobile

GoPro Menghentikan Sokongan Untuk Peranti Windows 10 Mobile

Diterbitkan pada Mac 30, 2016 oleh .

Di dalam dunia rakaman aksi lasak, GoPro ialah kamera yang menjadi pilihan nombor satu. Terdapat versi yang mampu merakam pada resolusi 4K tetapi masih mempunyai rekaan yang kompak. Kepada pemilik GoPro yang menggunakan peranti Windows 10 Mobile, kemampuan menstrim rakaman terus pada pada peranti anda kini sampai ke penghujungnya. GoPro akan menghentikan sokongan kepada platform Windows 10 Mobile.

goPro-Windows-10Aplikasi yang wujud sekarang masih lagi boleh digunakan tetapi pembangunannya dihentikan. Tiada lagi kemas kini dan penambahan fungsi baru akan dilakukan oleh pihak GoPro. Malahan sekiranya anda melayari laman GoPro, pautan muat turun aplikasi dari Windows Store tidak lagi wujud. Sebuah lagi berita menyedihkan untuk sistem operasi peranti pintar ketiga paling popular di dunia ini. Mungkin di dalam acara Microsoft Build yang berlangsung minggu ini akan membawakan berita gembira untuk Windows 10 Mobile.

 


TIPS & ULASAN