WhatsApp Messenger Menambah Sokongan Balasan Pantas Terus Daripada Notifikasi

WhatsApp Messenger Menambah Sokongan Balasan Pantas Terus Daripada Notifikasi

Diterbitkan pada Mac 30, 2016 oleh .

WhatsApp Messenger melalui saluran beta mereka sering menguji sejumlah fungsi baru, dan terkini, mereka turut mencuba sokongan membalas mesej dengan pantas terus daripada notifikasi tanpa perlu membuka aplikasi WhatsApp.

WhatsApp Notification

Melalui fungsi ini, apabila pengguna memilih untuk membalas mesej, ia akan membuka sebuah tetingkap kecil untuk membolehkan pengguna membalas mesej berkenaan.

Fungsi balasan pantas ini diuji pada peringkat beta, dan mungkin diperkenalkan kepada semua pengguna Android dalam masa tedekat ini.


TIPS & ULASAN