Oppo R9 Akan Dilancarkan Sebagai F1 Plus Di Malaysia 7 April Ini

Oppo R9 Akan Dilancarkan Sebagai F1 Plus Di Malaysia 7 April Ini

Diterbitkan pada Mac 30, 2016 oleh .

Misteri teaser Oppo F1 Plus yang kami laporkan awal pagi tadi kini terjawab. Ia bukan sebuah peranti baru tetapi sebenarnya hanya penjenamaan semula Oppo R9 untuk pasaran di luar China dan Taiwan. Pihak Oppo mengesahkan berita ini dan ia akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 7 April 2016. Penjenamaan semula ini bagi menyelarikan nama peranti-peranti Oppo yang mempunyai kemampuan optik yang baik di bawah siri “F”.

Oppo F1 Plus

Oppo F1 Plus akan dilengkapi dengan skrin 5.5″ HD Penuh, diperkasakan pemproses MediaTek Helio P10, RAM sebesar 4 Gigabyte dan muatan dalaman 64 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah 13 Megapixel pada kamera utama dan 16 Megapixel pada kamera hadapan. Ini menjadikannya sebuah lagi peranti yang mengutamakan kemampuan mengambil selfie – sama seperti Oppo F1 sebelum ini. Harga rasmi masih belum diumumkan tetapi dijangka di dalam lingkungan RM 1800 sebuah berdasarkan kepada tukaran mata wang. Sekiranya anda tertanya-tanya mengenai R9 Plus, pihak Oppo mengatakan setakat ini mereka masih belum merancang untuk membawanya masuk ke pasaran Malaysia.

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari perbandingan Oppo F1 Plus (R9), Lenovo K5 Note Dan Sony Xperia XA


TIPS & ULASAN