Giliran Apple Pula Meminta Kerjasama FBI Untuk Mengetahui Bagaimana Peranti Mereka Dinyahsulit

Giliran Apple Pula Meminta Kerjasama FBI Untuk Mengetahui Bagaimana Peranti Mereka Dinyahsulit

Diterbitkan pada Mac 30, 2016 oleh .

Seperti yang kami laporkan semalam, iPhone 5C milik pengganas San Berandino akhirnya berjaya dinyahsulit pihak FBI dengan bantuan firma Cellebrite. Dengan kejayaan ini FBI tidak lagi perlu meminta bantuan daripada Apple untuk mengakses kandungan yang tersimpan di dalamnya. Hari ni LA Time melaporkan Apple kini mahu pihak FBI berkongsi bagaimanakah sistem nyahsulit mereka mampu diatasi.

A;rawi-ISIS

Ini adalah bagi membolehkan mereka menutup sebarang kerentanan yang boleh dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di masa hadapan. Sebagai syarikat yang meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap privasi pengguna mereka, kerjasama dari FBI amatlah diperlukan. Ironi di sini ialah FBI pula kini enggan memberikan sebarang bantuan kepada Apple tentang cara peranti dinyahsulit.

Sebagai pengguna, kejayaan FBI “menggodam” sistem operasi yang dikatakan sukar dinyahsulit ini amat merisaukan. Akses kepada maklumat peribadi yang tersimpan di dalam peranti tidak boleh diberikan kepada pihak berkuasa kerana ia terbuka kepada penyalahgunaan kuasa dan melanggar hak asasi setiap insan.


TIPS & ULASAN