Cari @ Amanz

Unifi Advance ProUntuk beberapa hari ini, kita telah mendengar mengenai pakej baru UniFi yang akan diperkenalkan oleh Telekom Malaysia, membawakan kelajuan sehingga 100Mbps. Hari ini, pihak Telekom Malaysia sendiri telah mula menghantar jemputan media mengatakan akan memperkenalkan pelan baru Unifi secara rasminya esok.

Melalui jemputan yang dihantar, Telekom Malaysia mengatakan melalui pelan baru UniFi ini, ia akan membolehkan pengguna membuat lebih banyak perkara – sekaligus membawa kepada maksud tersirat pakej yang lebih pantas.

Semalam, kami telah berkongsi akan mengenai pelan yang dinamakan sebagai Unifi Advance Pro dengan kelajuan muat-naik 50Mbps dan muat-turun 100Mbps yang bakal diperkenalkan oleh Telekom Malaysia. Kita mungkin akan dapat melihat ia diumumkan dan sama-sama kita berharap agar ia lebih murah berbanding dengan RM329 yang tertiris sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd