Windows 10 Dilaporkan Telah Terpasang Pada Lebih 270 Juta Peranti

Windows 10 Dilaporkan Telah Terpasang Pada Lebih 270 Juta Peranti

Diterbitkan pada Mac 31, 2016 oleh .

Di dalam acara Build pagi tadi Microsoft berkongsi jumlah peranti yang menggunakan sistem operasi terkini mereka Windows 10. Lebih daripada 270 Juta peranti kini menggunakannya dan ini meletakkan Windows 10 sebagai sistem operasi mereka yang paling pantas mencecah angka ini. Angka ini dicecah dalam masa hanya 8 bulan dan adalah kerana ia diberikan sebagai kemas kini percuma kepada pengguna Window versi terdahulu.

Windows 10 WallpaperMicrosoft kini mensasarkan 1 Billion peranti akan menggunakan Windows 10 dalam masa beberapa tahun sahaja lagi. Pada waktu yang sama tidak pula berkongsi jumlah peranti yan menggunakan Windows 10 Mobile. Malahan di dalam acara pagi tadi W10 Mobile hampir tidak disentuh dengan hanya sebuah demo untuk aplikasi Skype. Kami mengharapkan Microsoft mengumumkan berita menarik mengenai sistem operasi peranti mudah alih ini tetapi kami dikecewakan.


TIPS & ULASAN