Microsoft Membawa Sokongan Bot Pada Perkhidmatan Skype

Diterbitkan pada Mac 31, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan perkembangan arena pembelajaran mesin, salah satu perkara yang mendapat perhatian kembali adalah “Bot” pada permesejan. Terkini, Microsoft mengumumkan sokongan bot pada Skype yang mana bukan terhad kepada permesejan sahaja, tetapi juga bakal ditawarkan melalui video dan audio.

Skype Bot

Melalui penggunaan bot ini, ia membolehkan syarikat dan organisasi menyediakan pelbagai jawapan pantas kepada pengguna dan tidak memerlukan orang perseorangan untuk membuat tugasan tersebut. Pelbagai jawapan diautomasikan dan menjadikan pengalaman untuk pelanggan dan pengguna lebih baik lagi.

Skype Bot hadir melalui kemaskini Skype untuk Windows, Android dan iPhone hari ini, namun untuk mengakses beberapa Skype Bot contoh, ia masih terhad kepada beberapa buah negara sahaja. Mungkin kita akan melihat lebih banyak perkhidmatan mengintegrasikan sokongan bot pada perkhidmatan mereka tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami