Microsoft Tidak Begitu Memfokuskan Arena Telefon Pintar Pada Tahun Ini

Microsoft Tidak Begitu Memfokuskan Arena Telefon Pintar Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Mac 31, 2016 oleh .

Pada awal pagi tadi, pihak Microsoft telah mengadakan acara Build 2016 dan berkongsi mengenai pelbagai perancangan mereka untuk tahun ini, termasuk kemaskini untuk Windows 10, penggunaan bot, integrasi antara Xbox, serta perkongsian mengenai HoloLens. Namun, salah satu perkara yang tidak mendapat perhatian adalah Windows 10 Mobile.

Bercakap mengenainya, pihak Microsoft mengatakan mereka masih komited terhadap peranti bersaiz 4-inci dan ke atas, tetapi bergerak kehadapan mereka kali ini memfokuskan kepada teknologi baru iaitu HoloLens dan Xbox.

Berkemungkinan tiada fungsi baru hadir ke Windows 10 Mobile secara khususnya pada tahun ini, dan mungkin Microsoft akan memfokuskannya kembali pada tahun hadapan.

Seperti ramai sedia maklum, Microsoft sedia kukuh dalam arena PC tetapi agak ketinggalan dalam arena peranti mudah-alih. Mungkin mereka ingin meneruskan fokus terhadap arena PC, dan melalui pelbagai penawaran universal yang ditawarkan di PC dan Xbox, ia mungkin akan menarik pengguna untuk turut menggunakan peranti mudah-alih Windows.


TIPS & ULASAN