Semua Penjual Atas-Talian Wajib Daftar Dengan SSM Bermula 2017 – Walau Jual Hanya Satu Barang

Semua Penjual Atas-Talian Wajib Daftar Dengan SSM Bermula 2017 – Walau Jual Hanya Satu Barang

Diterbitkan pada Mac 31, 2016 oleh .

Arena jual-beli atas-talian merupakan salah satu arena yang berkembang pesat sejak setahun dua ini. Ini juga membuatkan lebih banyak kes-kes penipuan berlaku, membuatkan ramai yang rugi disebabkan olehnya.

Kini, selepas pihak kerajaan menekankan semua syarikat wajib berdaftar dengan SSM untuk perniagaan mereka, kini melalui laporan Bernama, kerajaan ingin menekankan supaya semua individu yang ingin menjual barangan mereka secara atas-talian turut wajib berdaftar dengan SSM bermula 2017.

Buat masa ini, pihak kementerian sedang dalam proses draf peraturan dan undang-undang baru yang melibatkan jualan barangan – terutamanya yang menjual hanya sekali sahaja.

Pengguna yang ingin menjual barangan, walaupun hanya satu sahaja, mereka wajib mendaftar dengan SSM dan tempoh 30 hari akan diberikan untuk produk berkenaan dijual. Sekiranya gagal, maka pengguna perlu perbaharui semula dengan SSM untuk tempoh 30 hari seterusnya.

Kerajaan ingin mengurangkan masalah penipuan atas-talian melaluinya, dan pada masa yang sama ingin melindungi hak pengguna yang membeli atas-talian.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai kaedah implementasi pendaftaran ini tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN