Cari @ Amanz

Di dalam dunia moden, akses kepada internet kini sudah menjadi keperluan harian. Ini sejajar dengan keperluan pengguna yang semakin bergantung kepada jual beli, perbankan dan penstriman secara atas talian. Telekom Malaysia ini secara rasminya melancarkan pakej baru Unifi Pro Plan dan Biz Pro Plan mereka. Kelajuan muat turun 100 Mbps dan kelajuan muat naik 50 Mbps ditawarkan pada harga langganan bermula dari RM299 sebulan untuk tempoh terhad.

Unifi Pro Plan20160331_100551

Di bawah Pro Plan selain perkhidmatan internet dan HyppTV, pelanggan turun akan menerima panggilan percuma sebanyak 600 minit, langganan iFlix selama setahun dan Viu selama tiga bulan. Biz Pro Plan pula ditawarkan pada harga pengenalan RM379 sebulan dan pengguna dapat melakukan panggilan percuma kepada talian tetap dan kadar 8 sen seminit pada panggilan peranti mudah alih – yang mana jauh lebih murah berbanding penawaran sebelum ini yang sangat mahal.

Kedua-dua harga yang pengenalan ini hanya ditawarkan sehingga 30 Jun 2016. Selepas tempoh ini bayaran bulanan untuk Pro Plan ialah RM329 seperti yang dilaporkan oleh Amanz sebelum ini – manakala untuk Biz Pro Plan pula ialah RM 399.

Unifi Pro PlanUnifi-Pro-Plan-2

Berdasarkan pada harga yang ditetapkan, pakej Unifi Pro ini agak kurang kompetitif kerana Time menawarkan kelajuan sehingga 500 Mbps pada harga RM 299. Namun, jikalau dibandingkan dengan Maxis, penawaran 100Mbps daripada Telekom Malaysia ini berharga murah sedikit, tetapi penawaran Maxis hadir dengan kadar muat-naik dan turun yang sama dan tidak berbeza seperti Unifi.

Kepada pelanggan Unifi sedia ada, tiada penawaran peningkatan kepada pakej yang lebih pantas ini secara automatik. Sekiranya mereka mahu melanggan Unifi Pro, tempoh kontrak akan disambung lagi selama 24 bulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd