Amazon Mengharamkan Penjualan Kabel USB-C Yang Gagal Memenuhi Piawaian

Amazon Mengharamkan Penjualan Kabel USB-C Yang Gagal Memenuhi Piawaian

Diterbitkan pada Mac 31, 2016 oleh .

Dengan USB-C kelajuan pemindahan akan meningkat dengan mendadak berbanding kabel USB biasa. Pada waktu yang sama ia mampu menampung arus lebih tinggi seterusnya memberikan kemampuan pengecasan yang pantas. Rekaan USB-C pula memastikan anda tidak perlu risau tentang orientasi kabel untuk dimasukkan untuk pengecasan. Masalah yang dialami sekarang ialah lambakan kabel USB-C yang tidak memenuhi piawai di pasaran.

Nokia N1 USB Type-CIni boleh mengakibatkan pemindahan data yang perlahan dan kegagalan berfungsi dengan peranti yang mempunyai port USB-C. Pada situasi lebih serius, kabel murahan ini boleh menyebabkan kerosakan kekal pada peranti milik pengguna.

Menyedari masalah ini, Amazon kini mengharamkan penjualan kabel yang didapati tidak memenuhi piawai yang ditetapkan. Dengan ini pembeli tidak perlu lagi ragu-ragu kabel yang dibeli menerusi mereka akan mengalami kegagalan atau mengakibatkan kerosakan. Kepada pengguna di Malaysia yang ingin mengetahui kabel manakah yang memenuhi piawaian, anda boleh melayari laman USBCompliant. Kesemua kabel di laman ini telah diuji dan selamat digunakan.

Bacaan Tambahan – Ada Apa Dengan USB-C ? – Sejarah, Kemampuan Dan Masa Depannya


TIPS & ULASAN