Samsung Disaman $30 Juta oleh Lagenda Bola Sepak Pele

Samsung Disaman $30 Juta oleh Lagenda Bola Sepak Pele

Diterbitkan pada Mac 31, 2016 oleh .

Samsung masih lagi bertarung dengan Apple di mahkamah kerana perbalahan mengenai paten rekaan peranti buatan mereka. Kes mereka sudah berlarutan selama bertahun lamanya dan kini mereka akan berhadapan dengan sebuah lagi kes sama. Legenda bola sepak dunia Pele mengemukakan saman $30 Juta (~RM 117 Juta) kerana dikatakan menggunakan seorang model yang menyerupai beliau di dalam sebuah iklan untuk UHDTV mereka.

Pele-Samsung-UHDTV-samanSaman difailkan oleh beliau di Chicago minggu lalu. Menurut Pele, Samsung menemui beliau untuk menjadi duta untuk UHDTV mereka namun persetujuan tidak dapat dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Oktober tahun lalu iklan di atas muncul di dalam akhbar The New York Times.

Model yang digunakan menurut Pele menyerupai wajah beliau sementara paparan pada TV menunjukkan aksi perlawanan bola sepak. Ini memberikan gambaran seolah-oleh beliau memberikan sokongan terhadap produk tersebut. Apakah pendapat anda? Adakah Pele mempunyai sebab yang munasabah untuk menyaman Samsung?


TIPS & ULASAN