Uncharted 4 : A Thief’s End – Harga Jualan Edisi Khas Dan Aksesori Diumumkan

Uncharted 4 : A Thief’s End – Harga Jualan Edisi Khas Dan Aksesori Diumumkan

Diterbitkan pada Mac 31, 2016 oleh .

Hanya 40 hari sahaja lagi sebelum Uncharted 4 A Thief’s End akan mula dijual. Permainan kelima yang memaparkan Nathan Drake ini memang amat dinantikan kerana sudah tiga kali ditangguhkan atas alasan memperbaiki kualiti permainan. Kepada yang bercadang untuk memilikinya, hari ini kami mempunyai senarai harga rasmi untuk tiga edisi Uncharted dan aksesori khas dari pihak Sony untuk pasaran Malaysia.

Uncharted 4 20160329_133127

  • Uncharted 4 : A Thief’s End edisi biasa (RM 239),
  • Uncharted 4 : A Thief’s End edisi khas (RM 289),
  • Uncharted 4 : A Thief’s End Libertalia Collector’s Edition (RM 499)
  • DualShock 4 Edisi Uncharted 4 (RM209)
  • Fon kepala tanpa wayar edisi Uncharted (RM 529)

Kepada yang lebih gemar membeli secara digital, pra-pesanan boleh dilakukan mulai 5 April ini dan anda akan menerima diskaun sebanyak 10% dan muat turun tema dinamik PS4 Uncharted 4 secara percuma. Kepada pemilik akaun PlayStation Plus yang melakukan pra-pesanan ataupun pembelian, anda layak menerima dua lagi bonus percuma Uncharted Points dan MP Booster Pack.

Pra-pesanan edisi fizikal berbeza dimana pengguna menerima cawan perak untuk edisi biasa. Pemesan edisi khas akan menerima kantung berjenama Uncharted dan pemesan edisi Libertalia pula menerima bekas minuman berjenama Uncharted.

Akhir sekali kepada yang mahukan PlayStation 4 edisi khas Uncharted 4 pula, konsol 500 Gigabyte dengan rekaan khas pada tubuh dan pengawal permainan dijual pada harga RM 1899.Turut disertakan ialah satu salinan fizikal permainan dan langganan PlayStation Plus selama 12 bulan.  Uncharted 4 akan mula dijual 10 Mei hadapan. Kami akan memaparkan pandang pertama kami tentang permainan ini minggu hadapan. Teruskan membaca Amanz.

 


TIPS & ULASAN