Xiaomi Malaysia Hadir Dengan Teaser Untuk Mi Band Pulse Dan Powerbank Baru

Xiaomi Malaysia Hadir Dengan Teaser Untuk Mi Band Pulse Dan Powerbank Baru

Diterbitkan pada Mac 31, 2016 oleh .

Xiaomi Malaysia menawarkan beberapa aksesori mereka untuk pasaran tempatan selain daripada telefon pintar dan tablet mereka. Kini, selain akan mulakan jualan Redmi Note 3 bermula awal April ini, pihak Xiaomi juga dilihat dalam perancangan untuk membawa masuk beberapa aksesori lain ke pasaran tempatan.

Xiaomi Mi Band

Daripada gambar terkini yang dikongsikan, Xiaomi memberikan petanda untuk membawa masuk Mi Band Pulse yang dilengkapi dengan sokongan sensor denyutan nadi yang boleh digunakan untuk memantau aktiviti harian, termasuk ketika berlari dan juga tidur.

Disamping Mi Band Pulse, pihak Xiaomi juga memberikan petanda akan menawarkan Mi Powerbank baru yang hadir dengan dua ruangan USB untuk pengecasan dua peranti serentak pada waktu yang sama.

Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenai penawaran Xiaomi ini dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN