Samsung Galaxy A9 Pro Dengan Bateri 5000mAh Dan 4GB RAM Dilancarkan Di China

Samsung Galaxy A9 Pro Dengan Bateri 5000mAh Dan 4GB RAM Dilancarkan Di China

Diterbitkan pada Mac 31, 2016 oleh .

Samsung mempunyai keluarga peranti Galaxy A yang memfokuskan kepada penawaran peranti dengan rekaan dan ciri-ciri premium, tetapi pada harga sedikit rendah berbanding dengan siri Galaxy S. Terkini, dibawah keluarga Galaxy A, Samsung dilihat telah melancarkan Galaxy A9 Pro di China.

Samsung Galaxy A9

Galaxy A9 Pro hadir dengan skrin 6-inci dengan paparan HD penuh, menggunakan panel Super AMOLED, dan dijana menggunakan cip Snapdragon 652. Menariknya, peranti ini turut hadir dengan memori 4GB RAM serta bateri berkapasiti 5000mAh.

Untuk rakaman gambar, peranti ini menggunakan kamera belakang 16-megapixel dan kamera hadapa 8-megapixel. Ia turut menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan, dan menggunakan Android 6.0 Marshmallow.

Di China ia akan dijual dalam tiga pilihan warna pada harga RMB3499 (~RM2097). Ia tidak diketahui sama ada Galaxy A9 akan memasuki pasaran Malaysia ataupun tidak. Buat masa ini, peranti dibawah Galaxy A yang ditawarkan adalah hanya Galaxy A3, Galaxy A5 dan Galaxy A7 sahaja.


TIPS & ULASAN