Microsoft Akan Menyertakan Fungsi Menghalang Iklan Terbina Pada Microsoft Edge

Microsoft Akan Menyertakan Fungsi Menghalang Iklan Terbina Pada Microsoft Edge

Diterbitkan pada Mac 31, 2016 oleh .

Microsoft telah mengumumkan sokongan pemalam untuk pelayar web mereka, dan pembangun AdBlock Plus telah mengumumkan akan memperkenalkan pemalam mereka untuk Edge tidak lama lagi. Kini, selain mereka, Microsoft sendiri dilihat akan mengintegrasikan sokongan tersebut pada pelayar web tersebut.

Microsoft mengatakan mereka akan menyertakan fungsi penghalang iklan secara terbina pada pelayar web Edge versi seterusnya.

Dengan penyertaan terbina ini, ia menjadikan Edge sebagai antara pelayar web yang hadir dengan sokongan tersebut secara terbina – termasuk antara yang lain adalah Opera.

Disamping fungsi menghalang iklan, versi Edge seterusnya turut akan menyertakan sokongan pemalam untuk pengguna dan turut menyertakan Bing Translator bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN