Cari @ Amanz

Samsung sedia mempunyai kedai aplikasi Galaxy Apps yang memfokuskan kepada pengguna telefon pintar dan tablet, serta Gear Apps yang memfokuskan pengguna jam tangan pintar. Hari ini, Samsung mengambil langkah untuk menyatukannya dan kini ia beroperasi dibawah Galaxy Apps.

Samsung Galaxy Apps

Dengan penyatuan ini, kini pengguna jam tangan pintar dan peranti boleh-pakai daripada Samsung boleh mengakses Gear Apps melalui sebuah tab khusus yang dilabelkan sebagai Gear.

Penyatuan kedai aplikasi ini juga turut memudahkan lagi pengguna memandangkan mereka tidak lagi memerlukan dua kedai aplikasi yang berbeza, dan boleh menguruskannya dengan mudah melalui Galaxy Apps.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd