Uber Memperluaskan Sokongan Bayaran Tunai Ke Pulau Pinang Dan Ipoh

Uber Memperluaskan Sokongan Bayaran Tunai Ke Pulau Pinang Dan Ipoh

Diterbitkan pada Mac 31, 2016 oleh .

Uber telah bereksperimen dengan sokongan bayaran tunai di Johor Bahru tidak lama sebelum ini, dan kini mereka turut mengambil langkah untuk memperluaskan ujian pembayaran secara tunai di dua lagi bandar di Malaysia – iaitu di Pulau Pinang dan Ipoh.

Uber sebelum ini hanya terhad kepada sokongan pembayaran melalui kad debit atau kredit sahaja – menjadikannya sebagai salah satu kekangan untuk pasaran negara membangun seperti Malaysia, memandangkan ramai yang tidak memilikinya.

Melalui pengenalan bayaran secara tunai, ia sekaligus membolehkan lebih ramai menggunakan bayaran tunai – dan secara tidak langsung meningkatkan kadar pelanggan perkhidmatan Uber.

Dengan pengenalan bayaran secara tunai di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Ipoh ini, tidak mustahil untuk kita melihat ia turut diperkenalkan di Kuala Lumpur pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN