Khazanah Melabur Pada Garena – Syarikat Memfokuskan Permainan Dan Pemilik Shopee

Khazanah Melabur Pada Garena – Syarikat Memfokuskan Permainan Dan Pemilik Shopee

Diterbitkan pada Apr 1, 2016 oleh .

GarenaKhazanah agak aktif melabur dalam syarikat-syarikat digital sejak daripada tahun lepas, dan paling terkini, mereka telah melabur pada salah satu syarikat yang memfokuskan kepada kandungan digital, terutamanya permainan, iaitu Garena Interactive.

Melalui pelaburan berkumpulan yang diketuai oleh Khazanah, Garena menerima suntikan dana sebanyak $170 juta.

Garena memfokuskan kepada permainan, disamping mereka turut mempunyai beberapa perkara lain dibawah mereka. Salah satunya adalah aplikasi untuk memudahkan para pengguna menjual barangan yang telah digunakan atau baru, iaitu Shopee. Shopee dikatakan sebagai salah satu platform e-dagang yang berkembang dengan pesat sejak ia telah diperkenalkan di rantau Asia Tenggara.

Selain Shopee, Garena juga turut mempunyai platform pembayaran mereka tersendiri yang dinamakan sebagai AirPay.


TIPS & ULASAN