(April Fool) Samsung Melancarkan Seluar Pintar – Dengan Teknologi WiFly Dan Internet of Trouses (IoT)

(April Fool) Samsung Melancarkan Seluar Pintar – Dengan Teknologi WiFly Dan Internet of Trouses (IoT)

Diterbitkan pada Apr 1, 2016 oleh .

Teknologi pemintaran objek biasa yang bersambung dengan peranti kini semakin popular. Kini sudah mempunyai beg pintar dan juga kasut pintar yang mengesan kedudukannya sepanjang masa. Di Samsung mereka sentiasa memikirkan teknologi baru yang diperlukan bagi memperbaiki kualiti kehidupan manusia. Hari ini mereka melancarkan seluar pintar Internet of Trouses (IoT) yang mempunyai pelbagai fungsi menarik.

internet-of-trousers-1Teknologi pertama ialah WiFly yang mengesan sekiranya zip seluar tidak dinaikkan dengan sempurna. Selepas mengesan ia terbuka selama 3 minit, ia akan menghantarkan notifkasi kepada pengguna supaya menutupnya sekaligus mengelakkan kemaluan.

Ia turut hadir dengan fungsi Fridge Lock. Apabila seluar mengesan bahagian pinggang terlalu ketat ketika makan, ia akan mengunci pintu peti sejuk. Kemampuan mengesan biometri yang disertakan pula sentiasa mengingatkan pengguna supaya bangun setiap satu jam bagi mengelakkan kehidupan tidak aktif. Dengan seluar Internet of Trousers ini, Samsung berharap pengguna akan dapat mengamalkan gaya kehidupan yang lebih sihat.

 


TIPS & ULASAN