Final Fantasy XV ialah permainan yang amat dinantikan kerana mempunyai sejarah yang cukup gemilang. Permainan ini akan hadir pada konsol PlayStation 4 dan Xbox One pada 30 September akan datang. Semalam pengumuman besar tentang permainan ini dilakukan oleh Square Enix. Di dalam sesi soal jawab dengan media, pengarah FF XV Hajime Tabata ditanya soalan mengenai kemungkinan permainan ini hadir pada platform PC.
Beliau mengesahkan buat masa ini beliau akan menumpukan perhatian untuk menyiapkan FF XV pada konsol terlebih dahulu. Square Enix tidak mempunyai tenaga pekerja yang cukup untuk membangunkan permainan pada tiga platform secara serentak. Keputusan untuk menghasilkan port ke PC hanya akan dilakukan selepas selesai proses pembikinan versi konsol. Pihak beliau sedang melihat sama pada kebarangkalian edisi PC akan dihasilkan di masa hadapan.
Jadi kepada mereka yang tidak mempunyai konsol, masih terdapat sedikit harapan ia akan dihasilkan. Sebelum ini Final Fantasy XIII hanya hadir pada platform PlayStation 3 dan Xbox 360 pada tahun 2009. Edisi PC hanya dihasilkan pada tahun 2014. Diharap peminat Final Fantasy pada platform PC tidak perlu menunggu selama ini ini untuk XV.