Xiaomi Mi Band Pulse Berharga RM79 – Gelang Tangan Pintar Dengan Sensor Denyutan Nadi

Xiaomi Mi Band Pulse Berharga RM79 – Gelang Tangan Pintar Dengan Sensor Denyutan Nadi

Diterbitkan pada Apr 1, 2016 oleh .

Xiaomi Malaysia hari ini telah memperkenalkan beberapa aksesori baru, yang mana akan dijual bersempena dengan Mi Fan Festival 2016 kelak. Ia bakal diadakan pada 6 April 2016 kelak, iaitu tarikh sama Redmi Note 3 mula ditawarkan di pasaran tempatan.

Xiaomi Mi Band Pulse

Bersama-sama dengannya, beberapa produk baru akan dijual, termasuk salah satunya adalah Mi Band Pulse. Xiaomi Mi Band Pulse ini merupakan gelang tangan pintar daripada Xiaomi, yang mana versi ini turut hadir dengan sensor untuk memantau denyutan nadi.

Xiaomi mengekalkan penawaran harga murah melalui produk-produk mereka, dan untuk Mi Band Pulse ini, ia ditawarkan pada harga RM79 sahaja.

Xiaomi Mi Band Pulse

Pengguna boleh memantau pelbagai aktiviti mereka, termasuk ketika tidur, melihat kadar denyutan nadi semasa, dan juga membuat mod khusus untuk berlari.

Disamping Mi Band Pulse, Xiaomi turut akan menawarkan Mi Power Bank 20000mAh pada harga RM99, dan Mi Car Charger pada harga RM35. Mi Band biasa tanpa sensor denyutan nadi pula ditawarkan pada harga RM59.

Layari : Mi Fan Festival Malaysia 2016


TIPS & ULASAN