(April Fool) Google Photos Kini Menyokong Carian Menggunakan Emoji

(April Fool) Google Photos Kini Menyokong Carian Menggunakan Emoji

Diterbitkan pada Apr 1, 2016 oleh .

Emoji memudahkan pengguna menunjukkan emosi mereka di media sosial. Emoji kerap kami gunakan di Twitter dan Facebook kerana ia lebih mudah difahami berbanding tulisan yang berjela. Google Photos hari ini mula menyokong carian hanya menggunakan emoji. Ini merupakan salah satu jenaka daripada Google sempena April Fool, tetapi turut boleh digunakan oleh orang ramai – dan tidak seperti beberapa jenaka yang lain.

Google-Photos-Emoji

Kami mengujinya sendiri dan hasilnya boleh anda lihat seperti di atas. Menakjubkan sekali carian yang dilakukan adalah agak tepat. Kepada individu yang mungkin tidak pandai mengeja ataupun malas menaip apa yang ingin dicari, sokongan emoji untuk carian Google Photos ini memang amat dihargai.


TIPS & ULASAN