Carian
(April Fool) Google Cardboard Plastic – Kaca Mata Yang Memberikan Pengalaman Dunia Realiti
April 1, 2016 Aman

Google sebelum ini telah hadir dengan Google Cardboard untuk memberikan pengalaman dunia realiti-maya. Terkini, bersempena dengan April Fool, mereka hadir dengan jenaka tersendiri, iaitu Google Cardboard Plastic.

Google Cardboard Plastic

Melalui Google Cardboard Plastic, ia hanya sebuah peranti yang boleh dipakai dikepala dengan rekaan lutsinar, dan menawarkan paparan realiti – iaitu paparan dunia nyata.

Google mengatakan ini mengabungkan apa yang pengguna minati berkenaan dengan peranti realiti-maya tetapi inginkan pengalaman dunia sebenar.

Komen