Huawei Mengesahkan Kamera Huawei P9 Akan Hadir Dengan Teknologi Leica

Huawei Mengesahkan Kamera Huawei P9 Akan Hadir Dengan Teknologi Leica

Diterbitkan pada Apr 1, 2016 oleh .

Huawei sebelum ini telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Leica untuk mengintegrasikan sokongan teknologi kamera pada telefon pintar. Terkini, ia disahkan Huawei P9 akan menjadi telefon pintar pertama dengan teknologi kamera Leica.

Huawei P9 telah tertiris beberapa kali sebelum ini, memperlihatkan rekaan dwi-kamera pada bahagian hadapan. Dengan integrasi teknologi Leica padanya, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah kejelasan rakaman gambarnya, dan apakah ciri-ciri menarik tambahan yang akan disertakan untuk rakaman gambar dan video.

Huawei menjadualkan tarikh 6 April untuk pelancaran Huawei P9 ini.


TIPS & ULASAN