Pengajian Tahun Asas Ditawarkan Percuma Di UNISEL Untuk Bidang I.T Dan Sains

Pengajian Tahun Asas Ditawarkan Percuma Di UNISEL Untuk Bidang I.T Dan Sains

Diterbitkan pada Apr 2, 2016 oleh .

UNISEL mengambil langkah unik dalam pendemokrasian pelajaran tahap tertiari dengan menawarkan pengajian tahun asas percuma di dalam bidang teknologi maklumat dan sains. Ini sebahagian daripada Skim Dermasiswa UNISEL yang diharap dapat mengurangkan kos pengajian pelajar terutamanya yang dari latar belakang kurang berkemampuan. Untuk menikmati skim ini, pelajar tahun asas harus meneruskan pelajaran peringkat sarjana di UNISEL. Pengumuman ini dilakukan oleh Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali semalam.

Unisel-PercumaPendidikan percuma  ialah antara isu hangat di Malaysia sejak kebelakangan ini. Negara Jerman dijadikan contoh bagaimana pengajian percuma dapat dilakukan dengan efektif. Negara kita masih belum mampu melaksanakan apa yang ditawarkan di Jerman tetapi program rintis di UNISEL ini mungkin boleh dijadikan kayu pengukur sejauh manakah ia mampu dilaksanakan di Malaysia. Diharap universiti awam di seluruh Malaysia akan mengikuti jejak UNISEL ini. Akses kepada pendidikan yang baik tidak seharusnya terhad kepada insan yang berkemampuan sahaja.


TIPS & ULASAN