Cari @ Amanz
  • Info
  • Artikel asal oleh Redbull nukilan Ken Drazen. Ikuti kemaskini e-sukan di Redbull Malaysia

Arena e-sukan merupakan salah satu arena yang kini berkembang pesat. Sejak setahun dua yang lepas ini, kita telah melihat ramai pengguna tempatan yang menyertai kejohanan e-sukan, malah pada tahun lepas, kerajaan sendiri telah menyatakan sokongan dengan memilih pasukan kebangsaan pertama untuk Dota 2 melalui kejohanan Malaysia Cyber Games 2015.

Taring

Pasukan kebangsaan pertama yang dipilih dan dinamakan sebagai Team Taring adalah pada asalnya dinamakan sebagai Team Taring. Selepas memenangi Malaysia Cyber Games 2015, mereka telah menyertai beberapa kejohanan Dota yang lain, tetapi gagal memberikan impak yang besar. Malah, pada WePlay Season 3 yang diadakan baru-baru ini, pasukan Taring telah menarik diri daripada kejohanan berkenaan mengatakan salah satu sebabnya adalah disebabkan oleh konflik dalaman.

Daripada beberapa sumber, ia dikatakan selepas memenangi kejohanan Malaysia Cyber Games 2015 dan selain menerima RM100,000 daripada kerajaan serta menggunakan nama Team Taring – mereka tidak mempunyai pengurus kewangan, malah tidak mempunyai lokasi untuk latihan mahupun gaji bulanan seperti pemain e-sukan lain.

Disamping itu, baru-baru ini kapten pasukan Team Taring, iaitu Adam “343” Shah telah meninggalkan pasukan berkenaan dan menyertai Fnatic sebagai pemain ganti. Adam dikatakan melepaskan jawatan kapten kerana anggap dirinya tidak sesuai untuk mengetuai pasukan berkenaan.

Selepas pelbagai perkara, kini segalanya berubah. Orange eSports yang sedia terkenal dalam arena e-sukan tempatan sejak beberapa tahun lepas kini menjadi penaja untuk pasukan Team Taring.

Orange Taring

Orange eSports dikatakan telah menambah tambahan RM100,000 untuk Team Taring, dan kini pasukan kebangsaan dikenali dengan nama Orange Taring.

Bersama-sama perubahan ini, kini YamateH menjadi kapten baru, dan bermain bersama Ice, Ling, dan dua lagi ahli pasukan baru iaitu syeonx dan NJ.

Dibawah Orange eSports, kini pasukan berkenaan akan lebih terurus sekaligus membawa kepada kelebihan Taring.

Pasukan Orange Taring kini akan mempunyai akses terus kepada pusat latihan, membolehkan mereka terus memfokuskan kepada permainan Dota dan menambah-baik kepakaran mereka dari hari ke hari. Disamping itu, Orange Taring juga kini akan mempunyai akses kepada pelbagai peralatan permainan, dan juga gaming house.

Dan satu lagi perkara yang akan menjadikan pasukan Orange Taring lebih bersemangat untuk bermain adalah dimana kini mereka diberikan gaji bulanan asas, membolehkan mereka terus menumpukan terhadap permainan tanpa risau akan masalah kewangan. YamateH juga dikatakan akan memfokuskan kepada pelbagai strategi pasukan Orange Taring, sementara Orange eSports akan mengendalikan pengurusan dan pentadbiran pasukan berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd