MyPhaser – Senjata Renjatan Elektrik 10 Juta Volt Yang Kelihatan Seperti Telefon Pintar

MyPhaser – Senjata Renjatan Elektrik 10 Juta Volt Yang Kelihatan Seperti Telefon Pintar

Diterbitkan pada Apr 4, 2016 oleh .

Dunia semakin berbahaya dan pelbagai senjata digunakan bagi mempertahankan diri dari menjadi mangsa jenayah. Bagi kaum wanita alat penyembur lada hitam adalah amat popular bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa jenayah rogol. Di Amerika Syarikat senjata mempertahan diri semakin popular dan MyPhaser ialah sebuah lagi senjata yang direka khas untuk tugas ini. Ia adalah sebuah senjata renjatan elektrik yang kelihatan seperti sebuah telefon pintar.

MyPhaser-Renjatan-2Terdapat tiga model dihasilkan yang memberikan renjatan pada tahap 3, 5 dan 10 Juta Volt. Menurut pereka MyPhaser, ini mampu membuatkan penyerang tidak sedarkan diri sehingga 30 minit. Ini adalah cukup untuk membenarkan mangsa serangan melarikan diri dan mendapatkan bantuan dari pihak polis.Ia dijual pada harga bermula dari $45 (~RM 174) sebuah.  Jualan adalah terhad untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja buat masa ini. Kami tidak mengetahui sama ada mereka akan disaman oleh Samsung kerana MyPhaser kelihatan seperti sebuah Samsung Galaxy S5.

Sebelum ini kami ada paparkan Ideal Conceal, sebuah pistol yang juga kelihatan seperti sebuah peranti pintar apabila dilipat. Ia mudah disorok dan mampu melepas dua das tembakan kepada penyerang.


TIPS & ULASAN