Gambar Anak-Anak Berlagak Di Media Sosial Mengantolkan Ibu Bapa Yang Menyorokkan Kekayaan Di UK

Gambar Anak-Anak Berlagak Di Media Sosial Mengantolkan Ibu Bapa Yang Menyorokkan Kekayaan Di UK

Diterbitkan pada Apr 5, 2016 oleh .

Fenomena aneh yang kami temui sejak dua tahun kebelakangan ini ialah kewujudan akaun Rich Kids of (letak nama bandar) yang mempamerkan kemewahan anak-anak hartawan. Akaun ini secara kerap memaparkan anak-anak hartawan menghabiskan wang milik ibu-bapa mereka membeli pakaian berjenama, memandu kereta mewah dan menghadiri upacara keraian di kelab malam eksklusif.

Akaun-akaun seperti ini mendapat ramai pengikut kerana golongan marhaen hanya boleh bermimpi menghabiskan ratusan ribu ringgit hanya untuk membeli belah di London hari ini sebelum terbang ke New York semata-mata untuk memakan burger dengan cebisan emas.

Rich-Kid-InstagramGambar-gambar ini dimuat naik oleh anak untuk berlagak dan nampaknya di United Kingdom ia mengakibatkan ibu berapa mereka dihadapkan ke mahkamah kerana menyorokkan kekayaan. Firma guaman kini menggunakan media sosial untuk mencari golongan elit yang cuba menyorokkan kekayaan untuk mengurangkan pembayaran cukai atau melarikan diri dari membayar hutang tertunggak.

Sebagai contoh firma K2 Intelligence mengikuti akaun Instagram seorang hartawan yang mendakwa tidak memiliki aset untuk membayar hutang berjumlah jutaan pound. Mereka kemudian menemui gambar sebuah bot mewah peribadi bernilai £12 Juta yang dimuat naik oleh anak beliau. Di dalam kes yang lain, sebuah jet peribadi berjaya disita selepas anak seorang lagi hartawan memuat naik gambar lokasinya.

Ketagihan anak memuat naik gambar juga telah digunakan oleh pihak berkuasa UK untuk mencari hartawan yang enggan membayar cukai. Hartawan Russia ini mendakwa beliau jarang tinggal di UK dan tidak perlu membayar cukai. Sebaliknya apabila maklumat geolokasi akaun Instagram anak beliau digeledah, pihak berkuasa mendapati beliau tinggal di UK hampir sepanjang masa.

Jadi kepada pembaca aman dari golongan elit, befikirlah dahulu sebelum memuat naik kemewahan milik ibu bapa. Tindakan anda menunjuk-nunjuk boleh mendatangkan masalah kepada ibu-bapa anda yang cuba melarikan diri dari pihak tertentu.


TIPS & ULASAN