Google Memberikan Nafas Baru Untuk Rekaan Ikon Google Play

Google Memberikan Nafas Baru Untuk Rekaan Ikon Google Play

Diterbitkan pada Apr 5, 2016 oleh .

Google Play kini telah menjadi salah satu komponen utama dibawah Google, dimana pelbagai kandungan digital ditawarkan melaluinya. Google sendiri telah memberikan nafas baru kepada rekaan antaramuka dan ikon Google Play beberapa kali sebelum ini, dan terkini, sekali lagi ia diberikan kemaskini baru.

Google Play

Google hari ini memperkenalkan rekaan baru untuk ikon Google Play mereka, dimana ia kini lebih konsisten berbanding sebelumnya. Segalanya menggunakan rekaan selari segi tiga, dan hadir dengan beberapa penambahan khusus untuk memperlihatkan jenis kandungan yang disertakan olehnya.

Google mengatakan rekaan ikon baru untuk Google Play ini akan diperkenalkan kepada semua secara berperingkat dalam beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN