BlackBerry Menawarkan Android 6.0 Marshmallow Dalam Bentuk Beta Untuk PRIV

BlackBerry Menawarkan Android 6.0 Marshmallow Dalam Bentuk Beta Untuk PRIV

Diterbitkan pada Apr 5, 2016 oleh .

BlackBerry boleh dikatakan agak mengurangkan fokus terhadap platform BlackBerry 10 sejak kebelakangan ini dan lebih kepada platform Android. Buat masa ini, mereka mempunyai satu peranti berasaskan Android, iaitu BlackBerry PRIV, dan dijangka akan menawarkan lebih banyak peranti Android lain tidak lama lagi.

BlackBerry Priv

BlackBerry PRIV hadir dengan Android 5.1 sebelum ini, dan kini pihak BlackBerry telah mula menguji Android 6.0 Beta untuk pengguna PRIV. Bagi anda yang menggunakan PRIV, boleh mendaftar menyertai BlackBerry Beta Zone dan mencuba Android 6.0 pada PRIV hari ini.

Melalui Android 6.0 Marshmallow, beberapa fungsi baru disertakan, termasuk salah satunya adalah sokongan Now On Tap yang membolehkan anda mengimbas kandungan pada sebarang aplikasi dan memaparkan cards yang berkaitan. Disamping itu, Marshmallow turut menawarkan masa penggunaan bateri yang lebih efisyen, dan memudahkan anda membuat salinan pendua untuk data aplikasi anda.

BlackBerry mengatakan ujian beta ini akan dilakukan antara 4 ke 8 minggu, dan mungkin hanya selepasnya sahaja kita akan melihat penawaran versi stabil untuk pengguna BlackBerry PRIV lain.


TIPS & ULASAN