Cari @ Amanz

Telekom Malaysia telah menawarkan pelan Unifi Advance 30Mbps dan 50Mbps sejak daripada tahun lepas, dimana ia telah diperkenalkan dengan harga RM199. Namun, sejak bulan Oktober 2015 lepas, TM telah menyediakan promosi khusus untuk menarik pengguna mendaftarkan akaun Unifi Advance, menawarkan ia pada harga pengenalan bermula RM179.

Kini, sejak daripada 1 April 2016, ia dilihat Telekom Malaysia telah menamatkan promosi berkenaan, dan kini Unifi Advance 30Mbps ditawarkan pada harga asal, iaitu RM199, dan Unifi Advance 50Mbps pada harga RM249.

Unifi Advance 30Mbps

Dengan perubahan harga ini juga, pihak TM telah membuat sedikit perubahan pada penawaran mereka. Kini langganan turut hadir dengan penawaran panggilan suara percuma dan tidak lagi perlu membayar tambahan RM20 seperti sebelumnya.

Pihak TM juga dilihat telah menambah kadar muat-naik, dimana pakej asas kini menawarkan kadar muat-naik 10Mbps dengan kadar muat-turun 30Mbps, selain pakej 50Mbps dengan kadar muat-naik sehingga 20Mbps.

Pengguna boleh membuat tempahan untuk pakej baru ini melalui laman rasmi Telekom Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd