Carian
Facebook Menggunakan Kepintaran Buatan Untuk Menerangkan Gambar Kepada Pengguna Buta
April 5, 2016 Effi Saharudin

Facebook kini mempunyai lebih daripada 1 Billion pengguna. Penggunaannya sudah berkembang dari sebuah laman media sosial mencari teman kepada laman perniagaan atas talian, pusat komuniti masyarakat dan sumber penyebaran maklumat tidak sahih utama dunia. Bagi meningkatkan lagi jumlah pengguna, Facebook hari ini memperkenalkan Automatic Alternative Text (AAT) . Sistem ini akan menerangkan apakah yang terkandung di dalam gambar yang dimuat naik untuk pengguna OKU penglihatan.

 

Yang membuatkan sistem ini menarik ialah Facebook menggunakan sistem kepintaran buatan bagi menerangkan kesemua gambar yang ada di dalam pengekalan data mereka. Apabila gambar ditekan, peranti akan bercakap memberikan penerangan secara audio. Sebelum ini apabila gambar di muat naik, sistem sokongan audio untuk OKU penglihatan hanya akan mengucapkan perkataan “photo”.  Dengan AAT Facebook berharap golongan minoriti ini akan dapat “melihat” apa yang dimuat naik oleh saudara mara dan sahabat handai mereka.

Buat masa ini sistem AAT hanya diaktifkan pada pengguna aplikasi iOS yang menetapkam pilihan bahasa Inggeris. Facebook bercadang memperkembangkan AAT pada aplikasi platform lain dan menyokong pelbagai bahasa di masa hadapan.

Komen