HP Spectre – Komputer Riba Paling Nipis Daripada HP Diperkenalkan

HP Spectre – Komputer Riba Paling Nipis Daripada HP Diperkenalkan

Diterbitkan pada Apr 5, 2016 oleh .

HP hari ini telah mencuri perhatian para peminat komputer riba dan dunia perkomputeran dengan memperkenalkan salah satu komputer riba mereka yang terbaru, memfokuskan kepada kenipisan, dan pada masa yang sama menawarkan kepantasan operasi dan pemprosesan melaluinya.

HP Spectre

HP Spectre

Dinamakan sebagai HP Spectre, ia menawarkan skrin bersaiz 13.3 ini dengan resolusi 1080p, serta menawarkan ketebalan hanya sekitar 10.5mm sahaja. Ini sekaligus menjadikan ia lebih nipis berbanding pelbagai komputer riba lain di pasaran, termasuk MacBook.

Apa yang menariknya juga adalah HP Spectre ini tidak menggunakan cip Intel Core M seperti kebanyakkan komputer riba nipis yang lain, sebaliknya dijana menggunakan cip Intel Core i5 atau i7. Melengkapkan ia juga adalah memori 8GB RAM dan ruangan storan 256GB.

HP turut menggunakan rekaan komponen yang lebih baik untuk mengelak ia menjadi panas, dan pada masa yang sama membolehkan mereka memuatkan pelbagai komponen dalam ruangan yang sangat nipis. Komputer riba ini menawarkan masa penggunaan sekitar 9.5 jam lamanya.

Dari segi rekaan, melalui gambar yang dikeluarkan oleh HP, ia dilihat mempunyai rekaan yang premium dan elegan. Ia turut hadir dengan ruangan USB Type-C untuk pengecasan dan juga untuk pemindahan data.

HP Spectre

Di Amerika Syarikat, ia akan ditawarkan pada harga $1169.99, iaitu sekitar RM4606. Mungkin kita akan melihat HP Malaysia melancarkan komputer riba ini dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN