Surface Phone Kini Dijangka Hadir Pada Tahun 2017

Surface Phone Kini Dijangka Hadir Pada Tahun 2017

Diterbitkan pada Apr 6, 2016 oleh .

Microsoft telah diperkatakan bakal hadir dengan Surface Phone beberapa kali sebelum ini. Pada awalnya, ia dikatakan mungkin hadir pada pertengahan tahun kedua 2016 ini, tetapi menurut laporan baru, Microsoft dikatakan akan melancarkannya pada awal tahun 2017 kelak.

Pada masa yang sama, tiga variasi Surface Phone dikatakan bakal ditawarkan, termasuk satu menyasarkan pengguna umum, satu untuk perusahaan dan satu lagi untuk pengguna tegar.

Info lanjut mengenai apakah yang bakal disertakan masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini. Mungkin kita akan mendengar lanjut berkenaan dengan Surface Phone dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN