Twitter Kini Memudahkan Pengguna Berkongsi Tweet Ke DM Pada Android Dan iOS

Twitter Kini Memudahkan Pengguna Berkongsi Tweet Ke DM Pada Android Dan iOS

Diterbitkan pada Apr 6, 2016 oleh .

Twitter telah memperkenalkan sokongan berkongsi Tweet terus ke DM tidak lama sebelum ini, dan kini, Twitter menyertakan sebuah butang khusus pada aplikasi Android dan iOS, dan memudahkan anda berbincang dengan rakan-rakan berkaitan dengan sesuatu Tweet berkenaan secara tertutup.

Twitter DM

Kini, pada aplikasi Twitter di Android dan iOS, pengguna akan diperlihatkan dengan sebuah butang khusus yang membolehkan pengguna menghantar Tweet berkenaan terus ke Direct Message. Ia lebih memudahkan berbanding sebelumnya yang memerlukan pengguna tap sesuatu Tweet untuk seketika sebelum dapat berkongsinya.

Kemaskini baru ini akan hadir secara berperingkat kepada semua bermula hari ini pada Android dan iOS.


TIPS & ULASAN