Topeng VR Dihasilkan Bagi Mengelakkan Muka Berbirat Kerana Menggunakan Peranti Realiti Maya

Topeng VR Dihasilkan Bagi Mengelakkan Muka Berbirat Kerana Menggunakan Peranti Realiti Maya

Diterbitkan pada Apr 6, 2016 oleh .

Oculus Rift mula diterima oleh pemesan dan era permainan realiti maya kini bermula. Selain Oculus, HTC Vive dan Samsung Gear VR juga mampu memberikan pengalaman menyelam ke dalam dunia fantasia yang kelihatan realistik. Apa yang kami sedari selepas menggunakan peranti realiti maya ialah buka berbirat kerana ianya dipasang dengan ketat pada muka. Kesan ini hanya akan hilang selepas beberapa jam peranti realiti maya ditanggalkan.

Topeng-VR-realiti-MayaBagi menyelesaikan masalah muka berbirat, sebuah syarikat di Jepun sudah mual menjual aksesori topeng VR. Ia kelihatan seperti topeng Zorro dan menutup bahagian dahi, pipi, batang hidung dan sisi kepala yang bersentuhan dengan peranti realiti maya. Dengan topeng VR ini anda tidak perlu risau muka kelihatan aneh selepas sesi realiti maya sepanjang hari. Harga jualan sepasang topeng VR ini ialah ¥2980 (~RM 105)


TIPS & ULASAN