Google Kini Membolehkan Anda Melakukan Carian Bunyi Haiwan Di Web

Google Kini Membolehkan Anda Melakukan Carian Bunyi Haiwan Di Web

Diterbitkan pada Apr 6, 2016 oleh .

Beberapa bulan sebelum ini, Google telah memperkenalkan sokongan carian bunyi haiwan melalui peranti mudah-alih, dan terkini, Google turut mengaktifkan sokongan membuat carian bunyi haiwan melalui laman web mereka. Menerusi sistem ini anda boleh mengetahui bunyi yang dihasilkan oleh haiwan dengan mudah. Sistem carian bunyi haiwan ini disasarkan kepada anak-anak kecil dan juga ibu bapa yang sendiri yang ingin mengetahui bunyi yang dihasilkan oleh haiwan.

Untuk mengakses fungsi ini anda hanya perlu melakukan carian “animal sounds” atau “(nama haiwan) sound”. Sebuah kad khas akan muncul pada carian paling atas dengan butang khas untuk memainkan audio.

Google-Animal-Sound-Haiwan-1

Buat masa ini, bilangan bunyi haiwan yang disediakan adalah masih terhad, tetapi dijangka akan ditambah oleh Google dari hari ke hari.


TIPS & ULASAN