Penggunaan Android Marshmalllow Kini Mencecah 4.6% – Lollipop Masih Lagi Paling Popular

Penggunaan Android Marshmalllow Kini Mencecah 4.6% – Lollipop Masih Lagi Paling Popular

Diterbitkan pada Apr 6, 2016 oleh .

Peratusan penggunaan versi sistem operasi Android terkini baru sahaja diumumkan dan peratusan penggunaan Android Marshmallow kini meningkat ke 4.6% peranti. Ini adalah peningkatan 100% berbanding 2.3% pada bulan Mac 2016. Ini adalah kerana penjualan peranti dengan Android M yang meningkat dan kemas kini yang mula diterima pada peranti lama.

PEratusan-Android-April-2016Sistem operasi paling banyak digunakan masih dipegang oleh Lollipop dengan 35.8%, pengurangan dari 36.1% bulan lalu. Ini diikuti oleh KitKat (33.4%) dan Jelly Bean (21.3%). Android Froyo masih lagi tegar dengan prinsip agi hidup agi ngelabandengan memegang 0.1%. Apakah versi Android yang anda gunakan pada peranti anda sekarang?

 


TIPS & ULASAN