Lukisan Konsep God Of War 4 Tertiris – Kini Berlatar Belakangkan Mitos Viking

Lukisan Konsep God Of War 4 Tertiris – Kini Berlatar Belakangkan Mitos Viking

Diterbitkan pada Apr 6, 2016 oleh .

Siri trilogi God of War berakhir dengan kematian Zeus di tangan Kratos pada tahun 2010. Permainan ini mendapat pujian ramai kerana memaparkan tahap grafik yang tinggi serta corak permainan yang kemas. Tahun lalu edisi God of War III Remastered dihasilkan untuk PlayStation 4 dan ia memberikan harapan kepada peminat  yang menantikan sambungannya pada platform generasi terkini.

wik4mrhLukisan konsep untuk God of War IV tertiris semalam dan ianya agak mengejutkan. Pertama sekali latar belakang mitos Yunani kini digantikan pula dengan mitos Viking. Ini mungkin langkah yang bijak kerana selepas keseluruhan Olympus dihapuskan oleh Kratos, kini giliran Odin dan penduduk Asgard pula untuk bersemuka dengan beliau. Puluhan lukisan ditiriskan oleh Nerdleak dan sekiranya anda mahu melihatnya secara lengkap sila ikuti pautan yang kami berikan di bawah. Sebagai peminat siri ini kami kini tidak sabar untuk melihat pengembaraan terbaru Kratos. Bayangkan sahaja pertembungan Blade of Chaos dengan Mjölnir milik Thor.

ZuO3bO6

 


TIPS & ULASAN