Pada suku pertama tahun ini perang harga diantara syarikat telekomunikasi telah meletuskan pelbagai tawaran yang menarik serta menguntungkan pengguna. Celcom telah hadir dengan pelan FIRST™ Gold, menawarkan 10GB Data dengan panggilan & SMS tanpa had. Promosi yang sepatutnya berakhir bulan lepas ini telah dilanjutkan sehingga akhir bulan Mei berikutan reaksi positif dari pelanggan.
Bagi anda yang masih tidak sedar akan kewujudan pelan FIRST™ Gold ini, ia mempunyai tawaran yang menarik serta memberi banyak nilai pada pengguna. Selain dari kuota data 10GB 4G LTE yang diberikan kepada pengguna, baki kuota data yang tidak digunakan pada bulan tersebut boleh dibawa ke bulan seterusnya, memungkinkan data yang dimiliki tidak akan habis, bergantung kepada corak penggunaan anda. Anda juga akan ditawarkan dengan langganan penstriman muzik Yonder dan langganan ini tidak menggunakan kuota data 10GB yang sedia dilanggani.
Selain dari kuota data yang banyak, pelanggan FIRST™ Gold juga akan boleh melakukan panggilan dan SMS tanpa had. Jika dahulu pelan yang menawarkan data yang banyak, mungkin tidak menawarkan panggilan dan SMS percuma yang banyak atau sebaliknya, dengan pelan dari Celcom ini pelanggan menikmati tiga faedah pada kadar yang banyak iaitu kuota data, panggilan dan SMS. Malah, pelanggan juga boleh menambah langganan program NewPhone, membolehkan pelanggan sentiasa mempunyai telefon pintar yang terkini, sejajar dengan peredaran zaman.
Kesemua tawaran ini boleh dimiliki oleh pengguna dengan kadar langganan RM 80 sebulan. Bagi melanggan FIRST™ Gold ini, anda hanya perlu melawat cawangan Celcom Blue Cube atau Celcom Xclusive yang berhampiran. Tawaran ini akan berakhir pada 31 Mei 2016 jadi anda disarankan untuk merebut peluang ini sementara ia masih belum berakhir.
- Daftar: FIRST™ Gold by Celcom
Penafian: Advertorial dari Celcom