Vivaldi 1.0 Dilancarkan – Pelayar Web Alternatif Dengan Fungsi Menarik Dari Pengasas Opera

Vivaldi 1.0 Dilancarkan – Pelayar Web Alternatif Dengan Fungsi Menarik Dari Pengasas Opera

Diterbitkan pada Apr 6, 2016 oleh .

Hari ini, terdapat pelbagai pelayar web yang ditawarkan untuk desktop secara percuma, dimana setiap satunya menawarkan fungsi-fungsi yang berbeza, tetapi memfokuskan kepada memudahkan pengguna melayari dan menikmati pengalaman pelayaran web yang terbaik.

Terkini, selepas melalui pelbagai fasa ujian, Vivaldi telah pun melancarkan pelayar web mereka dalam versi stabil pertama, iaitu Vivaldi 1.0.

Vivaldi 1.0

Bagi yang tidak mengikuti akan perkembangan Vivaldi, ia merupakan pelayar web yang telah dibangunkan oleh bekas pengasas Opera. Vivaldi memfokuskan untuk menawarkan lebih kemudahan untuk pengguna mengubah pelayar web berkenaan mengikut penggunaan mereka, disamping turut dilengkapi ciri-ciri untuk meningkatkan produktiviti dan menjadikan pelayaran lebih efisyen.

Vivaldi menyertakan beberapa ciri-ciri menarik, termasuk salah satunya adalah Tab Stacks yang membolehkan anda mengumpulkan sejumlah tab terbuka dibawah satu untuk mengurangkan gangguan pada pelayar web. Disamping itu, ia turut menyertakan sokongan Notes untuk membolehkan anda mencatatkan nota ketika melayari web. Sokongan Quick Commands juga turut disertakan untuk mereka yang ingin mengakses sejarah pelayaran, dan beberapa tetapan melalui paparan berbentuk command.

Vivaldi 1.0

Vivaldi juga turut menyertakan fungsi Speed Dials seperti pada Opera sebelum ini, disamping membolehkan anda menyertakan laman web pada sidebar melalui apa yang dinamakan mereka sebagai Web Panels.

Vivaldi menggunakan enjin Chromium, disamping antaramukanya menggunakan React dan Javscript untuk menawarkan operasi yang lebih pantas berbanding pelbagai pelayar web lain.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun pelayar web Vivaldi ini secara percuma untuk komputer anda.

Layari : Vivaldi untuk Destkop


TIPS & ULASAN